Permohonan Pengurusan Harta Pusaka di MyeTapp
20 Mei 2024 | Aktiviti Terkini19 Mei 2024 – Encik Syaifulnizar hadir ke NADI Linggi untuk mempelajari cara membuat Permohonan Pengurusan Harta Pusaka di MyeTapp secara dalam talian.
Pengurus NADI telah mengajar beliau cara-cara membuat permohonan tersebut di portal MyeTapp melalui link https://www.myetapp.gov.my/
Seterusnya beliau diajar cara mendaftar dan login ke dalam sistem dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang berdaftar. Di sini beliau juga diberi sedikit advokasi mengenai Keselamatan Kata Laluan.
Selepas itu Encik Syaiful diajar cara membuat Permohonan Seksyen 8 dan dengan memilih sama ada Ada Harta Tidak Alih/ Tiada Harta Tidak Alih. Memandangkan harta yang ingin ditukar milik adalah berbentuk tanah, Pengurus menerangkan beliau harus memilih Ada Harta Tidak Alih. Encik Syaiful dibimbing cara mengisi semua maklumat dan cara membaca dan mencari maklumat yang ada di geran tanah.
Proses permohonan ini masih belum selesai memandangkan masih banyak maklumat yang perlu diisi oleh Encik Syaiful, beliau dinasihatkan untuk datang semula di lain hari untuk menyambung proses permohonan tersebut. Kelas pada hari itu telah berlansung selama 2 jam dan tamat pada jam 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: